Pages

Kenali MunifHijjaz

Letak mouse untuk berhenti @ klik...
Pengenalan
Munif Hijjaz Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkongsian milik penuh Bumiputera yang diasaskan dan diterajui oleh Ustaz Munif Ahmad yang merupakan penyanyi utama kumpulan nasyid popular di Malaysia iaitu Kumpulan HIJJAZ. Tercetusnya ilham untuk mengeluarkan pati minyak wangi jenama peribadi ketika beliau mengikuti satu rombongan jemaah menunaikan Umrah pada bulan April 2009. Melalui kombinasi idea Ustaz Munif dan juga salah seorang jemaah Umrah tersebut yang juga merupakan seorang ahli perniagaan maka terhasillah rangkaian pati minyak wangi “Munif Hijjaz Perfume”.

Objektif Kami
Untuk menerajui suatu penjenamaan baru di bawah label “Munif Hijjaz” dengan mengeluarkan dan memasarkan pelbagai jenis produk. Dengan memilih minyak wangi yang halal dan boleh dibawa solat sebagai medium pertama produk syarikat, kami meletakkan harapan yang tinggi serta keyakinan yang penuh untuk memperluaskan jenama ini dari semasa ke semasa.
Pihak kami juga akan memastikan semua pengguna produk keluaran kami pada masa kini dan akan datang tidak akan merasa ragu-ragu atau was-was untuk menjadikan produk kami sebagai pilihan utama mereka.

Komitmen Kami
Dengan menjadikan misi kami sebagai satu garis panduan dan juga melalui slogan yang menjadi pilihan kami iaitu “Munif Hijjaz, Simbol Tanpa Keraguan”, pihak kami akan menjalankan tanggungjawab secara telus dan jujur untuk memastikan setiap produk yang kami perkenalkan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak Islam.

Jaminan Produk
Pihak syarikat Munif Hijjaz Sdn Bhd menggunakan pati minyak wangi yang halal yang diimport khas dari luar Negara, khususnya dari negara Perancis. Tiada unsur-unsur haiwan atau sebarang bahan-bahan terlarang digunakan dalam penyediaan pati minyak wangi tersebut. Sumber alam semulajadi seperti ribuan jenis bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan merupakan bahan utama yang diproses untuk menghasilkan pati minyak wangi yang menjadi pilihan kami.

Jumaat, 19 Mac 2010

Jumaat-penghulu segala hari

Jumaat adalah 1 dari hari dalam seminggu. Islam telah mengurniakan darjat tertinggi kepada Jumaat dengan menjadikan sebagai penghulu bagi segala hari. Untuk itu sesuailah penghormatan yang sewajarnya bagi hari Jumaat ini. Bermula dari bangun pagi hinggalah selesai solat Jumaat, semua perlakuan akan diberi ganjaran berlimpah ruah. Untuk itu bersamalah kita merebut ganjaran yang tidak ternilai yang diberi seminggu sekali ini oleh Allah S.W.T..agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak rugi!

0 comments:

Catat Ulasan

Jumaat, 19 Mac 2010

Jumaat-penghulu segala hari

Dicatat oleh MunifHijjaz Perfume Sabah di 3:06 PTG
Jumaat adalah 1 dari hari dalam seminggu. Islam telah mengurniakan darjat tertinggi kepada Jumaat dengan menjadikan sebagai penghulu bagi segala hari. Untuk itu sesuailah penghormatan yang sewajarnya bagi hari Jumaat ini. Bermula dari bangun pagi hinggalah selesai solat Jumaat, semua perlakuan akan diberi ganjaran berlimpah ruah. Untuk itu bersamalah kita merebut ganjaran yang tidak ternilai yang diberi seminggu sekali ini oleh Allah S.W.T..agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak rugi!

0 ulasan on "Jumaat-penghulu segala hari"

Catat Ulasan